jump to navigation

ANGIN DI DALAM BADAN April 7, 2009

Posted by busanamuslim in Penyakit.
add a comment

Masalah angin dalam badan sering dihadapi oleh kebanyakan orang terutama kaum wanita. Namun semua orang tidak terkecuali daripada gejala itu jika mereka tidak mengawal pemakanan. Angin dalam badan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada seseorang. Malah dalam keadaan tertentu, ia mungkin menyakitkan. Anda tentu pernah mengalami keadaan berasa lesu, sakit/pening kepala, sengal pinggang atau kembung perut/sebu. Antara makanan yang selalu dikaitkan dengan masalah angin ialah ubi, bubur kacang, pulut dan sayur-sayuran tertentu. Namun ia bergantung juga kepada tahap kesihatan dan kelancaran peredaran darah seseorang. Selalunya, pesakit akan mendapatkan khidmat tukang urut untuk membuang angin dalam badan atau memakan air bercampur halia atau herba.

FALSAFAH perubatan Cina sejak dahulu hingga kini berkisar tentang pengawalan angin dalam badan. Kalau angin terlalu banyak dalam badan atau tersangat kurang, maka kita akan mengalami kesakitan. Malah semua jenis penyakit menurut perubatan tradisional Cina berpunca dari ketidakseimbangan angin dalam badan. Lebih angin dalam badan akan menyebabkan seseorang itu mendapat sakit bengkak, kembung perut, sejuk kaki, sakit pinggang, lenguh badan dan sebagainya. Kurang angin dalam badan pula akan menyebabkan lemah badan, panas dalam serta darah sejuk (sering berpeluh).

ALTERNATIF RAWATAN : HERBA TUJU ANGIN (HPA)

EKZEMA April 6, 2009

Posted by busanamuslim in Penyakit.
add a comment

Ekzema biasanya terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. Biasanya kanakkanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?

• Keturunan.
• Alahan
• Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.

Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-

• Infeksi virus.
• Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
• Lain lain jangkitan.
• Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan

Apa kah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti :

• Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
• Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit
• Bengkak kecil berair

Dengan mengenalpasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema dalam jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan. Penggunaan sabun dan bahan cuci kasar adalah penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit. Produk pencuci yang tidak sesuai akan mengikis lapisan perlindungan semulajadi pada kulit yang sensitif. Ia mengakibatkan kitaran yang menghasilkan tindakan balas yang menyebabkan keradangan.

ALTERNATIF RAWATAN: SUSU KAMBING SEGAR ASLI, SABUN CLAY

DEMAM KUNING – JAUNDIS PADA BAYI April 4, 2009

Posted by busanamuslim in Penyakit, Uncategorized.
add a comment

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Simptomnya adalah seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut dan ia kelihatan kekuningan. Jaundis ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut –

• Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
• Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
• Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
• Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
• Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
• Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
• Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
• Keturunan.

Sepanjang masa bayi mendapat rawatan untuk demam kuning, adalah penting bayi diberi susu sebanyak mungkin untuk mengelakkan kekeringan dan juga untuk menurunkan paras bilirubin dalam darah. Lebih kerap bayi menyusu lebih cepat bilirubin dikeluarkan daripada badan bayi melalui najis. Rawatan traditional seperti menjemur bayi dibawah sinar matahari pagi tidak lagi sesuai. Ini disebabkan perbuatan ini boleh menyebabkan bayi kekeringan dan akan meningkatkan lagi kadar bilirubin dalam darah bayi. Selain itu cahaya yang terik boleh memberi kesan kepada mata bayi yang masih kecil itu.
Ibu bapa digalakkan membawa bayi mereka berjumpa doktor sekiranya bayi kelihatan kekuning-kuningan pada hari pertama walaupun hanya pada bahagian muka. Pemeriksaan juga perlu dilakukan sekiranya bayi masih menunjukkan tanda-tanda demam kuning selepas 10 hari dilahirkan atau sekiranya terdapat mereka yang menghadapi G6PD dalam keturunan mereka. Selepas bayi sembuh daripada demam kuning, amat jarang-jarang sekali demam kuning berulang

ALTERNATIF RAWATAN: SUSU KAMBING SEGAR ASLI

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.